Wednesday 27 November 2019

BBM3410: Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi (Teori dan Aplikasi) Normaliza Abd Rahim


Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi (Teori dan Aplikasi) ini menjelaskan pelbagai teori yang boleh diaplikasikan dalam penyelidikan. Buku ni mengandungi 7 bab. Bab 1 menerangkan definisi tentang wacana. Wacana adalah bahasa daripada individu atau kumpulan dalam bentuk ujaran, interaksi, teks dan tulisan. Melalui aspek sosiologi, wacana merujuk pada hubungan konteks sosial dalam pemakaian bahasa sedangkan dari segi linguistik pula, wacana adalah unit bahasa yang besar daripada kalimat. Seterusnya, bab 2 menjelaskan berkenaan teori dan pendekatan wacana. Teori dan pendekatan wacana ini diperkenalkan oleh pakar-pakar wacana untuk memudahkan proses analisis. Antara teori yang diterangkan dalam bab ini ialah Teori Analisis Wacana Brown dan Yule, Teori Analisis Stubbs, Teori Analisis Wacana Kritis dan Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim. Bab 3 pula mengandungi analisis wacana tekstual dan ujaran. Kajian wacana terbahagi kepada tiga kategori iaitu wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Bab 4 mengulas berkenaan strategi komunikasi. Beberapa orang tokoh telah memberikan pendapat yang berbeza mengenai strategi komunikasi. Strategi komunikasi seharusnya dilakukan supaya m
esej yang disampaikan tidak mengalami sebarang keraguan. Bab yang seterusnya ialah bab 5.  Bab ini membincangkan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Menurut Johnstone 1989, strategi komunikasi boleh dibahagikan kepada sembilan iaitu pertukaran kod, terjemahan literal dan asing, cipta perkataan baharu, pemudahan, generalisasi, parafrasa, menghidupkan semula dan menghampiri, mewujudkan identiti asing dan rayuan untuk pembaikan dan pengesahan. Bab 6 terkandung analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Dalam bab ini satu kajian telah dijalankan. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada sepuluh orang pelajar sekolah rendah berumur 11 dan 12 tahun. Bab 7 merupakan cadangan akan datang. Bab ini mencadangkan kajian lain yang boleh dilakukan bagi mengisi kelompongan kajian wacana dan strategi komunikasi.

Harga : RM20.00


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.











Sunday 3 November 2019

BBM3410Satu2019: FLAT LAY INDIVIDU

Gambar kelihatan lebih cantik dan menarik jika diambil menggunakan teknik flat lay. Flat lay terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

1. Flay lay
2. Half flat lay
3. Quater flat lay
4. Zero flat lay

Nak tengok contoh gambar flat lay ? Sila ringankan jari jemari tekan link di bawah.

https://youtu.be/rcOm98MpXDc


BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum. 🌸Pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia saya dan rakan seperjuangan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang ...