Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi (Teori dan Aplikasi) ini
menjelaskan pelbagai teori yang boleh diaplikasikan dalam penyelidikan. Buku ni
mengandungi 7 bab. Bab 1 menerangkan definisi tentang wacana. Wacana adalah
bahasa daripada individu atau kumpulan dalam bentuk ujaran, interaksi, teks dan
tulisan. Melalui aspek sosiologi, wacana merujuk pada hubungan konteks sosial
dalam pemakaian bahasa sedangkan dari segi linguistik pula, wacana adalah unit
bahasa yang besar daripada kalimat. Seterusnya, bab 2 menjelaskan berkenaan
teori dan pendekatan wacana. Teori dan pendekatan wacana ini diperkenalkan oleh
pakar-pakar wacana untuk memudahkan proses analisis. Antara teori yang
diterangkan dalam bab ini ialah Teori Analisis Wacana Brown dan Yule, Teori
Analisis Stubbs, Teori Analisis Wacana Kritis dan Teori Analisis Wacana
Normaliza Abd Rahim. Bab 3 pula mengandungi analisis wacana tekstual dan
ujaran. Kajian wacana terbahagi kepada tiga kategori iaitu wacana tekstual
lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kalangan kanak-kanak
autisme. Bab 4 mengulas berkenaan strategi komunikasi. Beberapa orang tokoh
telah memberikan pendapat yang berbeza mengenai strategi komunikasi. Strategi komunikasi
seharusnya dilakukan supaya m
esej yang disampaikan tidak mengalami sebarang keraguan. Bab yang seterusnya ialah bab 5. Bab ini membincangkan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikasi. Menurut Johnstone 1989, strategi komunikasi boleh dibahagikan kepada sembilan iaitu pertukaran kod, terjemahan literal dan asing, cipta perkataan baharu, pemudahan, generalisasi, parafrasa, menghidupkan semula dan menghampiri, mewujudkan identiti asing dan rayuan untuk pembaikan dan pengesahan. Bab 6 terkandung analisis strategi komunikasi dalam kalangan kanak-kanak. Dalam bab ini satu kajian telah dijalankan. Sampel bagi kajian ini terdiri daripada sepuluh orang pelajar sekolah rendah berumur 11 dan 12 tahun. Bab 7 merupakan cadangan akan datang. Bab ini mencadangkan kajian lain yang boleh dilakukan bagi mengisi kelompongan kajian wacana dan strategi komunikasi.

Harga : RM20.00
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi
Teori dan Aplikasi. Terengganu. Penerbit UMT Universiti Malaysia
Terengganu.
No comments:
Post a Comment