Thursday 19 December 2019

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum.

🌸Pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia saya dan rakan seperjuangan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang lain diwajibkan mendaftar kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang diajar oleh Prof Normaliza Abd Rahim. Jujur saya katakan pada awal awal dulu saya daftar subjek ni sekadar memenuhi keperluan kursus. Sebab 'multimedia' bukan jiwa saya.  Tapi sungguh tak sangka prof banyak ajar saya benda baru.

🌸Pengajaran paling jelas ialah prof ajar saya jadi 'normal'. Dulu saya SANGAT tak suka, tak minat dan tak selesa bergambar jenis formal, selfie, wefie, groufie dan segala macam lagi dengan orang sekeliling saya.  Nak rakam video jauh sekali. Saya hanya selesa bergambar dengan keluarga terdekat iaitu mama, adik-beradik dan kawan rapat. Dan tukang ambil gambar juga mesti lah daripada golongan yang sama. Zaman sekolah menengah dulu lagi teruk. Saya sampai sanggup lepak dekat tandas semata-mata nak skip gambar kelas. Saya pun tak tahu apa masalah saya. Mungkin sebab saya kurang bergaul.

🌸Tapi sejak masuk kelas prof saya dah tak boleh amal perangai saya yang satu tu. Sebab tiap minggu prof akan bagi tugasan kumpulan  yang sah sah kena hadap muka ke kamera. Siap kena upload dalam facebook, instagram, youtube dan blog. Demi markah nak tak nak saya kena buat. Makin lama, saya makin jinak dengan kamera. Saya dah boleh join gambar kelas walaupun senyuman tu kadang tak seikhlas orang lain. Saya dah boleh masuk dalam video macam orang lain. Oleh itu, saya nak ucapkan ribuan terima kasih dekat prof bagi tugasan sedemikian rupa. Tanpa prof mungkin sampai sekarang saya masih tak yakin dengan diri sendiri. InsyaAllah jasa prof saya kenang sampai bila bila.

🌸Seterusnya saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Encik Akmal iaitu orang kanan prof yang cakap macam kereta api tanpa brek. Encik Akmal pun banyak ajar saya benda baru. Antaranya ajar buat blog dan bebenang dekat twitter. Jakun? Ye saya memang jakun sebab seumur hidup tak pernah ada akaun blog dan twitter. Seterusnya, Encik Akmal ajar saya dan rakan-rakan yang lain cara membuat kalendar sendiri menggunakan Adobe Photoshop. Lepas ni siapa teringin nak merasa kalendar hasil tangan sendiri boleh pm tepi. Saya ajarkan. Prosesnya agak leceh tapi bila dah siap print bangga kot dengan diri sendiri yang berjaya cipta kalendar walaupun  tangan tak kreatif sejak dalam rahim lagi.

🌸Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada geng BLM terutamanya Wakanda Production (Sarah, Aqilla, Syazana, Faizah, Hafizah, Qamarina, Fatin, Amirah, Shawani, Ayob, dan Mat Nor) yang banyak bagi kerjasama tak kira tempat, masa dan keadaan. Sanggup keluar berlatih pagi petang siang demi melaksanakan tugasan kumpulan yang diberikan oleh prof. Walaupun masing- masing sering bertikam lidah berselisih faham bertentangan idea dan pendapat namun akhirnya ahli Wakanda Production mampu menyiapkan semua video bermula video pertama iaitu 'asas fotografi' hinggalah video akhir 'saya tahu'. Gaduh sikit-sikit normal la kan. Adat kerja kumpulan. Apa apa pun tahniah Wakanda Production !!!



Akhir kata dari saya, TERIMA KASIH SEMUA. Assalamualaikum.

1 comment:

  1. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum. 🌸Pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia saya dan rakan seperjuangan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang ...