Thursday, 10 October 2019

BBM3410Satu2019: ULASAN BAB 6 BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Blog merupakan salah satu medium komunikasi pada era kini. Melalui blog, semua lapisan masyarakat termasuklah pelajar boleh berkongsi pengalaman, pendapat dan komen masing-masing terhadap sesuatu topik atau isu yang dibincangkan. Namun, pelajar mestilah sentiasa berhati-hati ketika menghasilkan blog kerana bimbang penulisan itu menyentuh sensitiviti sesetengah pihak.

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014), blog merujuk kepada satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Blog boleh digunakan sebagai jurnal atau diari peribadi. Blog juga boleh digunakan untuk tujuan perniagaan. Peniaga biasanya menggunakan blog untuk mempromosikan dan memperiklankan produk mereka. Seterusnya, Li dan Chignell (2010) mentakrifkan blog sebagai salah satu laman web yang mesra pengguna di mana ia senang diuruskan dan sentiasa dikemas kini oleh pentadbir atau penulisnya. Oleh kerana blog menjadi rangkaian sosial dan medium komunikasi, blog membolehkan penggunanya untuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain.

Seterusnya, Ferdig dan Trammmell (2004) menyatakan blog sebagai medium dialog di antara penulis blog dengan pembaca, pembaca dengan pembaca lain dan penulis blog dengan penulis blog yang lain. Jelaslah di sini bahawa blog mampu menghubungkan semua pihak tanpa had. Seterusnya,Wang dan Woo (2008) menyatakan bahawa blog merupakan alat teknologi yang menawarkan peluang kepada pengguna untuk menyusun maklumat, menyiar dan berkongsi idea, maklum balas, memberi komen, menilai hantaran dari orang lain, belajar daripada orang lain, bertanggungjawab terhadap penulisan dan pembelajaran mereka dan meletakkan pendapat mereka dalam penulisan.

Zaini (2012) pula menyatakan bahawa  penggunaan blog mampu membantu pelajar membentuk kemahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Blog juga memberi peluang kepada pelajar untuk belajar satu persatu istilah dari segi idea, tatabahasa dan struktur ayat, perbendaharaan kata dan cara susunan penulisan mereka. Blog turut membantu pelajar menerokai idea, mencipta pautan  di antara kebiasaan dan tidak kebiasaan, bersedia untuk memikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku  pada masa mendatang dan memahami sesuatu perkara dengan terlebih dahulu sebelum menjelaskan, menerangkan dan menyebarkan kepada pihak lain.

Kesimpulannya, blog mempunyai peranan yang tersendiri dalam meningkatkan tahap pembelajaraan pelajar. Blog bukan sahaja membantu pelajar menguasai bidang teknologi bahkan juga bidang bahasa.




Tuesday, 1 October 2019

BBM3410Satu2019: BIRDS EYE VIEW (Wakanda Production)

Birds eye view

Birds eye view merujuk pada cara mengambil gambar dari sudut atas atau tempat yang tinggi.






Belajarlah daripada burung yang terbang bebas di angkasa. Setinggi manapun terbang tidak pernah sesekali lupa untuk melihat ke tanah.

BBM3410Satu2019: OVER THE SHOULDER (Wakanda Production)

Over the shoulder





Gambar over the shoulder yang pertama menggunakan bahu Syazana. Disebalik bahunya kelihatan Faizah dan Shawani sedang bersantai berhampiran sebuah motosikal.




Gambar over the shoulder yang seterusnya menggunakan bahu Amirah. Disebalik bahunya berlaku satu pementasan drama swasta percuma yang dilakonkan oleh pelakon suam-suam kuku.





Gambar over the shoulder yang terakhir menggunakan bahu Aqilla. Pada bahagian belakang terdapat sekumpulan gadis iaitu Syazana, Sarah, Qamarina dan Fatin yang kelihatannya gigih dan cekal berkongsi payung. Konon sharing is caring.



BBM3410Satu2019: MUG SHOT (Wakanda Production)

Mug shot

Mug shot bermaksud gambar yang diambil dari bahagian kepala hingga mencecah bahagian bahu. Gambar jenis ini biasanya berukuran pasport.


Emosi sedih

Gambar berikut merujuk kepada seorang pelajar yang sedang menangis. Menangis adalah tindakan semulajadi manusia apabila berhadapan dengan situasi beremosi seperti sedih, kecewa atau terluka





Emosi teruja

Gambar di atas pula menunjukkan emosi seorang pelajar yang begitu teruja kerana berpeluang mengikuti kelas Multimedia Dalam Bahasa sebelum meninggalkan alam universiti. Pelajar berkenaan semakin teruja apabila melihat tugasan yang diberikan oleh tenaga pengajarnya.





Emosi marah

Gambar berikutnya menunjukkan emosi marah. Pelajar berkenaan marah kerana digesa oleh seluruh ahli kumpulannya untuk mengambil gambar Mug shot dengan betul.

BBM3410Satu2019: LONG SHOT (Wakanda Production)

Long shot

Long shot ialah pengambilan gambar secara keseluruhan tubuh bermula kepala sampai ke kaki. Gambar diambil dari jarak jauh.


Permandangan


Gambar ini diambil berhampiran Dewan Za'ba. Keadaan yang agak berbukit sesuai dijadikan tempat untuk menjerit melempiaskan amarah. 



Gambar ini diambil di sekitar kawasan pantai Port Dickson.
Pantai sering menjadi tempat pilihan untuk menenangkan fikiran.





Permandangan dan manusia



Gambar pertama bagi pemandangan dan manusia diambil di sekitar kolej kediaman. Permandangan sebegini mampu mendamaikan hati, jiwa dan minda yang tenat.


Gambar kedua merupakan pemandangan jalan di sekitar Universiti Putra Malayasia. Jalan yang lurus menuju kejayaan.


Gambar terakhir diambil di kawasan Tanah Tinggi Cameron Highland. Selain pantai, tanah tinggi turut menjadi tumpuan ramai terutamanya pada cuti hujung minggu.






BBM3410Satu2019: MEDIUM SHOT (Wakanda Production)

Medium shot

Medium shot ialah gambar yang diambil dalam ruang yang sedikit dekat berbanding long shot.

Manusia



Sem akhir masing-masing intai masa depan. Cerah atau sebaliknya


Belajarlah berpanas sekali-sekala kerana payung yang ada tidak selamanya menjadi milik kita


Pandangan dan manusia


Usaha tarik ke jalan yang benar. 



Menjalin hubungan persahabatan mungkin mudah. Namun mengekalkan persahabatan itu agak sukar. Setiap persahabatan pasti wujudnya pergaduhan dan setiap pergaduhan pasti ada jalan penyelesaian.




BBM3410Satu2019: CLOSE-UP (Wakanda Production)

Close-up

Close-up  merupakan gambar yang diambil dengan jarak yang sangat dekat sehingga objek kelihatan jelas. Teknik ini ialah teknik yang paling banyak digunakan dalam fotografi.


Manusia


Sudah terang lagi bersuluh, yang bertutup itu indah. Indah luaran serta dalaman.


Nikmatnya menghidu keharuman semulajadi . Tidak terbanding dengan mana-mana wangian buatan manusia




Wanita dan mekap bak irama dan lagu, berpisah tiada. Tujuan mekap bukan hanya untuk mencantikkan diri semata-mata. Mekap juga membantu menyerlahkan keterampilan dan meningkatkan keyakinan diri seseorang.




Bukan manusia




Wanita ibarat bunga. Cantik tetapi tidak kekal lama. Sampai masanya layu jua



Duit bukan segala-galanya, tapi segalanya memerlukan duit. Makan perlu duit minum perlu duit, nak menguruskan kematian juga memerlukan duit





Cermin mata merupakan nyawa kedua bagi si rabun. Bendanya kelihatan kecil tetapi impaknya sangat besar.



BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum. 🌸Pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia saya dan rakan seperjuangan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang ...