Wednesday 4 December 2019

BBM3410: Buku Eh!!! Media Sosial

Buku  Eh!!! Media Sosial daripada Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim mengandungi 8 bab. Bab 1 bertajuk Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Bab ini menjelaskan definisi bagi media sosial dan rangkaian sosial. Dalam bab ini turut disenaraikan jenis-jenis media sosial seperti rangkaian sosial, laman penanda, laporan berita sosial, perkongsian melalui media, mikrobloging dan bloging khususnya komen dan forum. Bab 2 pula bertajuk Twitter dan Trend Terkini. Didapati pada tahun 2016, lebih kurang 313 orang menggunakan twitter. Twitter menduduki tempat sembilan daripada dua puluh satu rangkaian sosial yang terdapat di dunia. Tajuk yang seterusnya ialah Facebook Masih Digunakan. Facebook merupakan aplikasi yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Facebook biasanya digunakan untuk berkomunikasi dengan kenalan yang berada jauh atau dekat. Pelajar biasanya menggunakan aplikasi ini untuk menyelesaikan tugasan komunikatif. Bab 4 pula membincangkan tentang rangkaian sosial Intagram. Intagram merupakan rangkaian sosial yang membenarkan penggunanya berkongsi foto dan video dengan pengguna yang lain. Bab yang selanjutnya ialah bab 5 iaitu E-mel Masih Popular pada Masa Kini. E-mel merujuk kepada satu medium komunikasi dalam bahasa termasuk mengarang dan bertukar pesanan dengan individu lain di seluruh dunia. Walaupun telah wujud pelbagai rangkaian sosial baru pada era kini, namun e-emel tetap menjadi keutamaan bagi semua lapisan masyarakat. Seterusnya bab 6 mengulas berkenaan Blog di dalam Kelas. Menurut Normaliza Abd Rahim, blog merupakan satu medium perbincangan bertulis. Perbincangan ini boleh terjadi dalam dua keadaan sama ada formal atau tidak formal. Bab 7 pula membincangkan tentang Isu dalam Rangkaian Sosial dalam Kalangan Pengguna. Bab ini menjelaskan bahawa rangkaian sosial banyak membantu penggunanya dalam memberi motivasi untuk berkerja, bersosial, membantu organisasi mengendalikan perniagaan, membantu tenaga pengajar memberikan maklumat kepada pelajar dan pelbagai lagi. Bab yang terakhir berkaitan implikasi pedagogi. Bab terakhir menghuraikan tentang peranan pelajar dan peranan guru dalam rangka kerja. 


Harga: RM60.00


Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.





No comments:

Post a Comment

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum. 🌸Pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia saya dan rakan seperjuangan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang ...