Sunday, 15 December 2019

BBM3410: VIDEO 8 (ONE SHOT TWO LAYER)

Video one shot two layer:

Video seterusnya yang perlu dihasilkan oleh kumpulan Wakanda Production dan kumpulan-kumpulan yang lain ialah video one shot two layer. Berdasarkan apa yang diajar oleh prof, video one shot two layer perlu ada penyanyi dan pelakon. Maksudnya, penyanyi akan menyanyi menghadap kamera manakala pelakon pula melakonkan kisah di sebalik lagu itu di bahagian belakang. Namun, kedudukan kedua-duanya perlu jelas dan tidak menghalang antara satu sama lain. Semasa pembikinan video ni, semua ahli kumpulan perlu berpegang pada konsep "Sharing is Caring". Ahli kumpulan juga ditegah sama sekali konker kamera sorang-sorang. Kumpulan saya iaitu Wakanda Production telah memilih lagu Sekali Lagi daripada penyanyi muda Naim Daniel. Lagu tersebut mengisahkan tentang salah faham antara ibu dengan anak yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. Nak tengok macam mana budak bahasa menyanyi dan berlakon ? Silakan tekan link dibawah 👇





Link video: https://youtu.be/Ay5cGYmySzM

BBM3410: VIDEO 7 (ONE SHOT)

Video one shot:

Tugasan seterusnya yang perlu disiapkan sebelum dibentangkan di dalam kelas ialah video one shot. Dalam video one shot biasanya ada penampakan penyanyi utama dan penari sama ada penari itu lemah-gemalai ataupun kayu. Video ini juga tidak mempunyai sebarang penceritaan seperti video-video yang terdapat di pasaran. Ciri lain bagi video one shot ialah kedudukan kamera mestilah statik atau dengan kata lain tidak bergerak walau seinci. Video jenis ini juga tidak boleh diedit. Kalau ada bahagian yang terlupa tersilap dan tersalah langkah maka ulanglah dari awal dengan hati yang terbuka ye anak-anak. Bak kata prof, REDHA. Bagi video kali ni, kami memilih lagu Mulanya di Sini yang didendangkan oleh kumpulan Freedom. Motif kami 12 saudara memilih lagu ini ialah untuk mengimbau kembali zaman muda mudi dahulu kala.




Link video: https://youtu.be/Y6L4fiz3VZc

BBM3410: FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY KUMPULAN)

Video flat lay kumpulan:

Menurut Prof Normaliza Abd Rahim 2019, flat lay terbahagi kepada empat iaitu flat lay, half flat lay, quarter flat lay dan zero flat lay. Video kali ini, saya dan ahli kumpulan yang lain ditugaskan mengambil gambar menggunakan teknik flat lay sebagaimana telah diajar oleh prof di dalam kelas. Kami perlu menggunakan keempat-empat teknik flat lay untuk mengambil gambar manusia, barang (kasut), makanan, minuman dan buah-buahan. Berikut merupakan gambar saya sendiri yang sedang berbaring di atas jalan berhampiran Dewan Za'ba bagi mendapatkan sekeping gambar zero flay lay manusia yang sempurna dimata prof. Demi markah, saya redha. Untungnya tidak langgar. Kalau dah kena langgar alamatnya prof la pulak yang kena redha hari hari dihantui oleh hantu saya.




BBM3410: FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA)

Video simpulan bahasa:


Sebelum membuat video ketiga ini, prof meminta kami memilih 10 simpulan bahasa yang berkenan di hati dan pastikan ia tidak sama dengan kumpulan lain. Antara simpulan bahasa yang bertuah ialah berat sebelah, makan suap, murah hati, otak cair, patah hati, perang mulut, putus nyawa, buah tangan, rabun ayam dan kaki botol.  Seterusnya, kami perlu mengambil gambar yang membawa makna kepada simpulan bahasa tersebut.  Misalnya, untuk simpulan bahasa buah tangan, kami melakonkan babak dua orang gadis datang melawat kenalannya yang sakit dengan membawa makanan sebagai buah tangan. Untuk lakonan simpulan bahasa yang berikutnya jemputlah tekan link di bawah.





BBM3410: FOTOGRAFI 3 (POTRET DAN SWAFOTO)

Video potret dan swafoto:


Video ini mengandungi himpunan gambar potret dan swafoto. Setiap ahli kumplan Wakanda Production diwajibkan mengambil gambar potret dan swafoto masing-masing dengan gaya yang unik. Bagi menghidupkan lagi video, kami sepakat membawa berkat memilih untuk menggunakan lagu nyanyian Alif Satar yang bertajuk I Want You To Love Me sebagai lagu latar belakang.





BBM3410: FOTOGRAFI 2

Assalamualaikum dan salam multimedia.

Sepanjang mengikuti kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa dengan Prof Normaliza Abd Rahim, jujur saya dihempap dengan pelbagai tugasan. Antara tugasan yang menghempap saya ialah tugasan secara berkumpulan. Saya dan ahli kumpulan Wakanda Production yang lain iaitu Sarah, Aqilla, Faizah, Syazana, Hafizah, Qamarina, Fatin, Shawani, Amirah, Ayob dan Mat Nor DIPAKSA TANPA RELA menghasilkan beberapa video untuk dimuat naik ke dalam YouTube. Seterusnya, kami perlu mempromosikan setiap video berkenaan bagi mengumpul view dan like sebanyak mungkin. Sebab prof cakap markah akan dikira berdasarkan view dan like. Maka sejak detik itu bermulalah operasi menjual muka masing-masing di story Facebook, Instagram dan seangkatannya dengannya.

Video asas fotografi:

Video pertama yang dihasilkan oleh Wakanda Production ialah video asas fotografi. Video ini mengandungi sembilan jenis gambar berbeza iaitu gambar pemandangan, silhouette, kabur manusia, kabur tumbuhan, kabur haiwan, kabur objek, pendua cermin, pendua air dan bayang.








Wednesday, 4 December 2019

BBM3410: Buku Eh!!! Media Sosial

Buku  Eh!!! Media Sosial daripada Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim mengandungi 8 bab. Bab 1 bertajuk Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Bab ini menjelaskan definisi bagi media sosial dan rangkaian sosial. Dalam bab ini turut disenaraikan jenis-jenis media sosial seperti rangkaian sosial, laman penanda, laporan berita sosial, perkongsian melalui media, mikrobloging dan bloging khususnya komen dan forum. Bab 2 pula bertajuk Twitter dan Trend Terkini. Didapati pada tahun 2016, lebih kurang 313 orang menggunakan twitter. Twitter menduduki tempat sembilan daripada dua puluh satu rangkaian sosial yang terdapat di dunia. Tajuk yang seterusnya ialah Facebook Masih Digunakan. Facebook merupakan aplikasi yang digunakan oleh berjuta-juta pengguna setiap hari. Facebook biasanya digunakan untuk berkomunikasi dengan kenalan yang berada jauh atau dekat. Pelajar biasanya menggunakan aplikasi ini untuk menyelesaikan tugasan komunikatif. Bab 4 pula membincangkan tentang rangkaian sosial Intagram. Intagram merupakan rangkaian sosial yang membenarkan penggunanya berkongsi foto dan video dengan pengguna yang lain. Bab yang selanjutnya ialah bab 5 iaitu E-mel Masih Popular pada Masa Kini. E-mel merujuk kepada satu medium komunikasi dalam bahasa termasuk mengarang dan bertukar pesanan dengan individu lain di seluruh dunia. Walaupun telah wujud pelbagai rangkaian sosial baru pada era kini, namun e-emel tetap menjadi keutamaan bagi semua lapisan masyarakat. Seterusnya bab 6 mengulas berkenaan Blog di dalam Kelas. Menurut Normaliza Abd Rahim, blog merupakan satu medium perbincangan bertulis. Perbincangan ini boleh terjadi dalam dua keadaan sama ada formal atau tidak formal. Bab 7 pula membincangkan tentang Isu dalam Rangkaian Sosial dalam Kalangan Pengguna. Bab ini menjelaskan bahawa rangkaian sosial banyak membantu penggunanya dalam memberi motivasi untuk berkerja, bersosial, membantu organisasi mengendalikan perniagaan, membantu tenaga pengajar memberikan maklumat kepada pelajar dan pelbagai lagi. Bab yang terakhir berkaitan implikasi pedagogi. Bab terakhir menghuraikan tentang peranan pelajar dan peranan guru dalam rangka kerja. 


Harga: RM60.00


Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2019). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT Universiti Malaysia Terengganu.





BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum. 🌸Pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia saya dan rakan seperjuangan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang ...