Video terakhir saya bersama-sama Wakanda production ialah video one shot three layer. Terdapat beberapa perbezaan antara video ini dengan one shot three layer yang sebelumnya. Perbezaan pertama, kami serta kumpulan yang lain perlu menggunakan lagu yang sama iaitu lagu 'saya tahu'. Lagu ini dianggap istimewa kerana ia dicipta oleh prof normaliza sendiri. Perbezaan seterusnya, kami perlu merakam video ini di dua tempat berlainan. Wakanda Production telah menjadikan Medan Selera Taman Tasik Seri Serdang dan Kaki Lima Pasar Raya Borong Big sebagai lokasi video kerana kedua-dua tempat tersebut bersesuaian dengan jalan cerita yang disampaikan.
Monday, 16 December 2019
BBM3410: VIDEO 14 (TRAGEDI DAN SERAM)
Video tragedi dan seram:
Link video: https://youtu.be/jmj0UhvaLaw
Tema bagi video berikutnya ialah tragedi dan seram. Prof mengarahkan kami semua membuat satu video yang mempunyai dua genre iaitu tragedi dan seram tanpa menggunakan sebarang dialog. Tragedi merujuk kepada kisah yang menyedihkan dan menyayat hati manakala seram pula kisah yang berupaya mengejutkan dan menakutkan penonton. Untuk video tragedi dan seram, Wakanda Production telah menghasilkan video yang berkisar tentang seorang anak yatim piatu bernama Mira. Sejak kematian ayahnya, Mira hidup dengan ibu tiri dan adik-beradik tirinya. Mereka sering mendera Mira. Mira yang menyimpan dendam mendalam terhadap mereka akhirnya bertindak membunuh individu yang menganiayanya itu satu persatu dengan cara agak kejam.
Link video: https://youtu.be/jmj0UhvaLaw
BBM3410: VIDEO 13 (SERBUK PENCUCI BAJU)
Video sabun:
Selain tugasan berlakon, menyanyi dan menari, prof juga meminta kami dan kumpulan-kumpulan yang lain mencipta 6 sabun pencuci baju jenama sendiri. Sabun tersebut perlu dilukis di atas kertas bersaiz A4 dan disenaraikan kelebihannya pada bahagian kanan atau kiri kertas. Setiap sabun juga haruslah memiliki slogan yang berbeza-beza. Antara sabun ciptaan Wakanda Production ialah Lipsa (sabun berbentuk lipstik), Sasa (sabun sabut), Brusa (sabun berserta berus), Boomsa (sabun boom), Carsa (sabun kereta) dan Coklat (sabun berbentuk coklat bar). Nak tahu betapa berseninya tangan ahli kumpulan Wakanda Production? Jom tekan link berikut:
Link video: https://youtu.be/lj25t-plvBo
BBM3410: VIDEO 12 (VLOG TEMUBUAL PENSYARAH)
Vlog temubual pensyarah:
Untuk video kali ini, prof meminta kami semua menemu bual seorang pensyarah dan seorang pelajar yang tidak pernah mengambil subjek multimedia. Temu bual bersama-sama pensyarah mesti dilakukan di bilik pensyarah itu sendiri manakala tempat bagi pelajar adalah bebas. Wakanda Production telah bersetuju untuk menemu bual Dr. Zuraini binti Jusoh dan Nurul Atiqah Mohamad.
Link video: https://youtu.be/GO7ITg2C9wE
BBM3410: VIDEO 11 (FOKUS)
Video fokus:
Video fokus bermaksud video yang hanya memfokuskan kepada satu perkara sahaja dari awal hingga akhir penceritaan. Misalnya, memfokuskan kepada objek, makanan, perhiasan, anggota badan (tangan, kaki, jari) dan sebagainya kecuali wajah. Oleh itu, semasa sesi pengambaran, pengarah dan jurukamera mesti memastikan muka setiap pelakon tidak termasuk dalam kamera. Kumpulan saya iaitu Wakanda Production telah memilih tangan sebagai fokus utama. Tangan tersebut kononnya milik seorang budak perempuan yang menghidap penyakit Pakinson. Budak tersebut terpaksa mencuri makanan di kedai runcit bagi menyara ibunya yang sakit tenat.
Sunday, 15 December 2019
BBM3410: VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN)
Vlog konvokesyen:
Setelah selesai pembentangan ketiga-tiga video one shot, kami diarahkan pula membuat vlog sempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia. Prof menghadkan masa selama 7 minit sahaja untuk vlog tersebut. Kata prof tak payah buat lama-lama, nanti makin lama makin merapu. Tapi malangnya Wakanda Production gagal mematuhi arahan prof sebab banyak sangat tempat nak kena shoot. Antara tempat pilihan Wakanda Production ialah pintu pagar utama UPM, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Dewan Besar, Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Bukit Ekspo iaitu tempat berlangsungnya Pesta Konvokesyen. Semasa berada di Dewan Besar, kami juga diminta menemu bual dua orang graduan berserta keluarganya.
Setelah selesai pembentangan ketiga-tiga video one shot, kami diarahkan pula membuat vlog sempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia. Prof menghadkan masa selama 7 minit sahaja untuk vlog tersebut. Kata prof tak payah buat lama-lama, nanti makin lama makin merapu. Tapi malangnya Wakanda Production gagal mematuhi arahan prof sebab banyak sangat tempat nak kena shoot. Antara tempat pilihan Wakanda Production ialah pintu pagar utama UPM, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Dewan Besar, Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Bukit Ekspo iaitu tempat berlangsungnya Pesta Konvokesyen. Semasa berada di Dewan Besar, kami juga diminta menemu bual dua orang graduan berserta keluarganya.
Link video: https://youtu.be/Uec7f45ms5E
BBM3410: VIDEO 9 (ONE SHOT THREE LAYER)
Video one shot three layer:
Sebaik selesai membuat video one shot dan one shot two layer, saya bersama-sama rakan sekelas yang lain diajar oleh prof untuk membuat video one shoot three layer. Video ini agak rumit kerana ia perlu mempunyai tiga perkara utama iaitu nyanyian, lakonan dan pergerakan yang berlaku secara tidak sengaja sama ada pergerakan manusia, pokok, kereta dan pelbagai lagi. Oleh itu, kami dari kumpulan Wakanda Production mengambil keputusan untuk merakam video one shot three layer di KAA kerana di sana dapat dilihat dengan jelas pergerakan kereta yang lalu-lalang atas jalan raya.
Link video: https://youtu.be/2eN5Hv28FKo
Subscribe to:
Posts (Atom)
BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT
Assalamualaikum. 🌸Pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia saya dan rakan seperjuangan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang ...
-
Cerita sosial 4: Tugasan twitter yang pertama diberikan oleh prof ialah membuat bebenang. Bebenang mestilah dibuat dengan merujuk...
-
Minggu 4 asas fotografi: Tugasan instagram yang seterusnya ialah memuat naik sekeping gambar sebalik tabir close up/ medium shot/ long...
-
Minggu 9 instagram satu: Pada minggu ini, prof mengarahkan kami semua memuat naik apa-apa gambar yang boleh menunjukkan ketenangan. Say...






