Sunday, 15 December 2019

BBM3410: VIDEO 10 (VLOG KONVOKESYEN)

Vlog konvokesyen:


Setelah selesai pembentangan ketiga-tiga video one shot, kami diarahkan pula membuat vlog sempena Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia. Prof menghadkan masa selama 7 minit sahaja untuk vlog tersebut. Kata prof tak payah buat lama-lama, nanti makin lama makin merapu. Tapi malangnya Wakanda Production gagal mematuhi arahan prof sebab banyak sangat tempat nak kena shoot. Antara tempat pilihan Wakanda Production ialah pintu pagar utama UPM, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK), Dewan Besar, Perpustakaan Sultan Abdul Samad dan Bukit Ekspo iaitu tempat berlangsungnya Pesta Konvokesyen. Semasa berada di Dewan Besar, kami juga diminta menemu bual dua orang graduan berserta keluarganya.



BBM3410: VIDEO 9 (ONE SHOT THREE LAYER)

Video one shot three layer:

Sebaik selesai membuat video one shot dan one shot two layer, saya bersama-sama rakan sekelas yang lain diajar oleh prof untuk membuat video one shoot three layer. Video ini agak rumit kerana ia perlu mempunyai tiga perkara utama iaitu nyanyian, lakonan dan pergerakan yang berlaku secara tidak sengaja sama ada pergerakan manusia, pokok, kereta dan pelbagai lagi. Oleh itu, kami dari kumpulan Wakanda Production mengambil keputusan untuk merakam video one shot three layer di KAA kerana di sana dapat dilihat dengan jelas pergerakan kereta yang lalu-lalang atas jalan raya.








BBM3410: VIDEO 8 (ONE SHOT TWO LAYER)

Video one shot two layer:

Video seterusnya yang perlu dihasilkan oleh kumpulan Wakanda Production dan kumpulan-kumpulan yang lain ialah video one shot two layer. Berdasarkan apa yang diajar oleh prof, video one shot two layer perlu ada penyanyi dan pelakon. Maksudnya, penyanyi akan menyanyi menghadap kamera manakala pelakon pula melakonkan kisah di sebalik lagu itu di bahagian belakang. Namun, kedudukan kedua-duanya perlu jelas dan tidak menghalang antara satu sama lain. Semasa pembikinan video ni, semua ahli kumpulan perlu berpegang pada konsep "Sharing is Caring". Ahli kumpulan juga ditegah sama sekali konker kamera sorang-sorang. Kumpulan saya iaitu Wakanda Production telah memilih lagu Sekali Lagi daripada penyanyi muda Naim Daniel. Lagu tersebut mengisahkan tentang salah faham antara ibu dengan anak yang akhirnya membawa kepada pergaduhan. Nak tengok macam mana budak bahasa menyanyi dan berlakon ? Silakan tekan link dibawah 👇





Link video: https://youtu.be/Ay5cGYmySzM

BBM3410: VIDEO 7 (ONE SHOT)

Video one shot:

Tugasan seterusnya yang perlu disiapkan sebelum dibentangkan di dalam kelas ialah video one shot. Dalam video one shot biasanya ada penampakan penyanyi utama dan penari sama ada penari itu lemah-gemalai ataupun kayu. Video ini juga tidak mempunyai sebarang penceritaan seperti video-video yang terdapat di pasaran. Ciri lain bagi video one shot ialah kedudukan kamera mestilah statik atau dengan kata lain tidak bergerak walau seinci. Video jenis ini juga tidak boleh diedit. Kalau ada bahagian yang terlupa tersilap dan tersalah langkah maka ulanglah dari awal dengan hati yang terbuka ye anak-anak. Bak kata prof, REDHA. Bagi video kali ni, kami memilih lagu Mulanya di Sini yang didendangkan oleh kumpulan Freedom. Motif kami 12 saudara memilih lagu ini ialah untuk mengimbau kembali zaman muda mudi dahulu kala.




Link video: https://youtu.be/Y6L4fiz3VZc

BBM3410: FOTOGRAFI 5 (FLAT LAY KUMPULAN)

Video flat lay kumpulan:

Menurut Prof Normaliza Abd Rahim 2019, flat lay terbahagi kepada empat iaitu flat lay, half flat lay, quarter flat lay dan zero flat lay. Video kali ini, saya dan ahli kumpulan yang lain ditugaskan mengambil gambar menggunakan teknik flat lay sebagaimana telah diajar oleh prof di dalam kelas. Kami perlu menggunakan keempat-empat teknik flat lay untuk mengambil gambar manusia, barang (kasut), makanan, minuman dan buah-buahan. Berikut merupakan gambar saya sendiri yang sedang berbaring di atas jalan berhampiran Dewan Za'ba bagi mendapatkan sekeping gambar zero flay lay manusia yang sempurna dimata prof. Demi markah, saya redha. Untungnya tidak langgar. Kalau dah kena langgar alamatnya prof la pulak yang kena redha hari hari dihantui oleh hantu saya.




BBM3410: FOTOGRAFI 4 (SIMPULAN BAHASA)

Video simpulan bahasa:


Sebelum membuat video ketiga ini, prof meminta kami memilih 10 simpulan bahasa yang berkenan di hati dan pastikan ia tidak sama dengan kumpulan lain. Antara simpulan bahasa yang bertuah ialah berat sebelah, makan suap, murah hati, otak cair, patah hati, perang mulut, putus nyawa, buah tangan, rabun ayam dan kaki botol.  Seterusnya, kami perlu mengambil gambar yang membawa makna kepada simpulan bahasa tersebut.  Misalnya, untuk simpulan bahasa buah tangan, kami melakonkan babak dua orang gadis datang melawat kenalannya yang sakit dengan membawa makanan sebagai buah tangan. Untuk lakonan simpulan bahasa yang berikutnya jemputlah tekan link di bawah.





BBM3410: FOTOGRAFI 3 (POTRET DAN SWAFOTO)

Video potret dan swafoto:


Video ini mengandungi himpunan gambar potret dan swafoto. Setiap ahli kumplan Wakanda Production diwajibkan mengambil gambar potret dan swafoto masing-masing dengan gaya yang unik. Bagi menghidupkan lagi video, kami sepakat membawa berkat memilih untuk menggunakan lagu nyanyian Alif Satar yang bertajuk I Want You To Love Me sebagai lagu latar belakang.





BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum. 🌸Pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia saya dan rakan seperjuangan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang ...