Thursday, 19 December 2019

BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum.

🌸Pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia saya dan rakan seperjuangan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang lain diwajibkan mendaftar kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang diajar oleh Prof Normaliza Abd Rahim. Jujur saya katakan pada awal awal dulu saya daftar subjek ni sekadar memenuhi keperluan kursus. Sebab 'multimedia' bukan jiwa saya.  Tapi sungguh tak sangka prof banyak ajar saya benda baru.

🌸Pengajaran paling jelas ialah prof ajar saya jadi 'normal'. Dulu saya SANGAT tak suka, tak minat dan tak selesa bergambar jenis formal, selfie, wefie, groufie dan segala macam lagi dengan orang sekeliling saya.  Nak rakam video jauh sekali. Saya hanya selesa bergambar dengan keluarga terdekat iaitu mama, adik-beradik dan kawan rapat. Dan tukang ambil gambar juga mesti lah daripada golongan yang sama. Zaman sekolah menengah dulu lagi teruk. Saya sampai sanggup lepak dekat tandas semata-mata nak skip gambar kelas. Saya pun tak tahu apa masalah saya. Mungkin sebab saya kurang bergaul.

🌸Tapi sejak masuk kelas prof saya dah tak boleh amal perangai saya yang satu tu. Sebab tiap minggu prof akan bagi tugasan kumpulan  yang sah sah kena hadap muka ke kamera. Siap kena upload dalam facebook, instagram, youtube dan blog. Demi markah nak tak nak saya kena buat. Makin lama, saya makin jinak dengan kamera. Saya dah boleh join gambar kelas walaupun senyuman tu kadang tak seikhlas orang lain. Saya dah boleh masuk dalam video macam orang lain. Oleh itu, saya nak ucapkan ribuan terima kasih dekat prof bagi tugasan sedemikian rupa. Tanpa prof mungkin sampai sekarang saya masih tak yakin dengan diri sendiri. InsyaAllah jasa prof saya kenang sampai bila bila.

🌸Seterusnya saya nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Encik Akmal iaitu orang kanan prof yang cakap macam kereta api tanpa brek. Encik Akmal pun banyak ajar saya benda baru. Antaranya ajar buat blog dan bebenang dekat twitter. Jakun? Ye saya memang jakun sebab seumur hidup tak pernah ada akaun blog dan twitter. Seterusnya, Encik Akmal ajar saya dan rakan-rakan yang lain cara membuat kalendar sendiri menggunakan Adobe Photoshop. Lepas ni siapa teringin nak merasa kalendar hasil tangan sendiri boleh pm tepi. Saya ajarkan. Prosesnya agak leceh tapi bila dah siap print bangga kot dengan diri sendiri yang berjaya cipta kalendar walaupun  tangan tak kreatif sejak dalam rahim lagi.

🌸Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada geng BLM terutamanya Wakanda Production (Sarah, Aqilla, Syazana, Faizah, Hafizah, Qamarina, Fatin, Amirah, Shawani, Ayob, dan Mat Nor) yang banyak bagi kerjasama tak kira tempat, masa dan keadaan. Sanggup keluar berlatih pagi petang siang demi melaksanakan tugasan kumpulan yang diberikan oleh prof. Walaupun masing- masing sering bertikam lidah berselisih faham bertentangan idea dan pendapat namun akhirnya ahli Wakanda Production mampu menyiapkan semua video bermula video pertama iaitu 'asas fotografi' hinggalah video akhir 'saya tahu'. Gaduh sikit-sikit normal la kan. Adat kerja kumpulan. Apa apa pun tahniah Wakanda Production !!!



Akhir kata dari saya, TERIMA KASIH SEMUA. Assalamualaikum.

Wednesday, 18 December 2019

BBM3410: KALENDAR

Sepanjang mengikuti kelas Multimedia dalam Bahasa, kami sekelas juga diajar oleh Encik Akmal  membuat kalendar meja dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Kalendar tersebut paling kurang perlu ada tiga layer tapi kalau lebih lagi cantik. Layer pertama ialah gambar latar belakang. Layer kedua ialah kalendar dan layer ketiga ialah gambar orang sama ada gambar sendiri, keluarga atau orang yang sentiasa wujud waktu susah senang jatuh bangun. Dalam kalendar tersebut, kami juga perlu meletakkan kata-kata motivasi yang dicipta sendiri untuk tatapan diri sendiri di kemudian hari. Berikut adalah kalendar buatan saya bermula bulan Januari hingga Disember 2020.





























BBM3410: TWITTER CERITA SOSIAL 5 (JIRAN)

Cerita sosial 5:


Pada minggu berikutnya, Encik Akmal memberikan dua tugasan yang melibatkan akaun twitter kepada saya dan rakan-rakan lain.Tugasan pertama ialah membuat satu lagi bebenang di twitter dengan merujuk cerita sosial 5 bertajuk 'Jiran' daripada buku yang sama digunakan pada minggu lepas iaitu buku 'Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi (Teori dan Aplikasi)'. Tugasan kedua pula, kami perlu retweet with comment lima tweet yang menarik dan retweet lima berita terbaru. Seterusnya kami perlu menyalin kembali sepuluh tweet tersebut dalam buku 'Ehh!!! Media Sosial'.













Daripada 'Warkah Najah'



Daripada 'Hikmatul Islam'


Daripada 'Kedai Fixi'


Daripada 'Nak Borak'


BBM3410: TWITTER CERITA SOSIAL 4 (HATI)


Cerita sosial 4:

Tugasan twitter yang  pertama diberikan oleh prof ialah membuat bebenang. Bebenang mestilah dibuat dengan merujuk cerita sosial 4 bertajuk 'Hati' yang terkandung di dalam buku 'Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi (Teori dan Aplikasi)'. Sepanjang membuat bebenang tersebut di dalam kelas amali, kami dipantau oleh Encik Akmal.












Pada hari yang sama, kami juga perlu menyelesaikan aktiviti 1 dalam buku 'Ehh!!! Media Sosial'. Kami perlu menulis satu cerita pendek, mengambil gambar dan memuat naik gambar itu ke dalam akaun twitter. Saya berminat untuk menulis cerita berkaitan Introvert.










BBM3410: MINGGU 12 INSTAGRAM SATU DAN DUA (EMOJI DAN SWAFOTO BERSAMA PROF

Minggu 12 intagram satu:

Pada minggu 12, prof menyuruh kami sekelas memuat naik gambar menyerupai emoji comel yang terdapat dalam aplikasi terkini terutamanya Whatsapp. Orang lain berebut-rebut guna gambar anak buah. Saya si sulung yang entah bila dapat merasa ada anak buah ni terpaksalah guna gambar sendiri.






Minggu 12 instagram dua: 


Gambar terakhir yang dimuat naik di instagram ialah gambar selfie bersama-sama prof. Kami satu kelas diberi masa selama seminggu untuk kejar prof kehulur kehilir bagi memperoleh sekeping gambar selfie sedemikian rupa. 





Tuesday, 17 December 2019

BBM3410: MINGGU 11 INSTAGRAM SATU (IBU)

Minggu 11 instagram satu:


Tugasan instagram bagi minggu berikutnya ialah saya dan rakan-rakan yang lain perlu memuat naik gambar ibu masing-masing. Di bawah gambar tersebut, prof meminta kami memasukkan satu dialog ringkas yang agak mencuit hati yang berlaku antara kami dan ibu.

Dan.....

Inilah gambar buah hati pengarang jantung hempedu limpa dan paru-paru saya. Manis bukan? Ok lah tu. Mama manis. Saya masam. Kami saling melengkapi antara satu sama lain.



BBM3410: MINGGU 10 INSTAGRAM SATU DAN DUA (KELEGAAN DAN KEGEMBIRAAN)

Minggu 10 instagram satu:

Tugasan instagram minggu sepuluh, prof normaliza meminta kami memuat naik gambar yang menunjukkan kelegaan. Saya telah memilih gambar ketika berkunjung ke Celcom Blue Cube Center. Saya ke sana bagi mengaktifkan kembali nombor telefon kesayangan yang telah dilumpuhkan (sebabnya sem last ni fikir banyak benda sampai lupa bagi makan topup kat my prince 011********).




Minggu 10 instagram dua:

Seterusnya, prof juga mahukan gambar yang merujuk kepada kegembiraan. Kegembiraan itu sesuatu yang subjektif ye anak-anak. Kalau orang lain perlukan rumah besar, kereta mahal, pakaian berjenama, percutian mewah dan duit berkepuk dalam poket untuk rasa gembira dan bahagia, saya hanya perlu sebiji burger tepi jalan dengan rasa yang sempurna. Jimat, cepat dan pantas.





BBM3410SATU2019: KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum. 🌸Pada semester akhir di Universiti Putra Malaysia saya dan rakan seperjuangan Bahasa dan Linguistik Melayu (BLM) yang ...